Kisah di Asasi Sains dan Perubatan UniSZA 2020/2021
Assalamualaikum. Hi semua.
Before entering PUSPA, I had searched on the internet to find more about program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) but the information was not enough for me. So I hope by posting this, I could help my juniors to prepare well for their foundation.
Jadi, hari ni saya nak kongsi serba sedikit tentang asasi sains dan perubatan UniSZA atau bahasa mudahnya PUSPA. Anda boleh rujuk buku panduan PUSPA juga.
Asasi sains dan perubatan UniSZA ini hampir sama sahaja dengan asasi sains di universiti lain. Tempoh pengajian satu tahun dan dibahagikan kepada 2 semester. 1 semester lebih kurang 6 bulan, iya lah satu tahun 12 bulan bahagi 2, jadi lah 6.
Pertama sekali, kita kena tahu apa itu PUSPA dahulu. PUSPA ni merupakan program fast track dan asasi tertutup. Jadi, sekali anda melangkah masuk PUSPA, anda tidak boleh berpatah balik. Maksudnya, degree nanti anda hanya ada pilihan untuk sambung di UniSZA sahaja dan kos-kos yang ditawarkan sahaja. Benda ni ada baik buruknya, baiknya ialah anda dah ada sebelah kaki untuk sambung pengajian ijazah sarjana muda. Terutamanya bagi yang memang nak sambung medic dan farmasi. Saya sangat cadangkan anda ambil PUSPA. Selain itu, saingan anda juga berkurang sebab anda hanya perlu berebut dengan rakan-rakan batch anda sahaja berbanding satu Malaysia. Anda juga dapat kurangkan stress untuk memilih kos degree nanti sebab pilihan tak terlalu banyak. Buruknya, jika anda tidak tahu apa yang anda ingin sambung untuk degree, pilihan untuk anda terhad. Pilihan tu takdelah terlampau sedikit, tetapi kurang meluas berbanding asasi terbuka, matriks atau stpm. Sebab anda akan mohon melalui sistem feeder(dalaman) sahaja, bukan di bawah sistem UPU. Juga, jika anda tidak melepasi syarat kos yang anda mahukan, anda terpaksa memilih kos-kos yang anda lepas syaratnya sahaja kecuali anda mahu sambung ke universiti swasta. PUSPA ni asasi tertutup, jadi anda tidak boleh sambung ke universiti awam lain selain UniSZA. Tapi, jangan risau tentang lepas syarat tu, pensyarah-pensyarah di sini akan sedaya upaya membantu anda. ^^
PUSPA juga baru sahaja ditubuhkan. Baru ke? Lebih kurang la. Batch kami tahun 2020/2021 merupakan batch yang ke-5. Jadi, boleh dikira baru jugak la kan. PUSPA merupakan satu-satunya program asasi di UniSZA. Jadi, pelajar asasi di UniSZA tak seramai asasi di universiti lain la. Batch kami ada 132 orang tak silap. Mungkin akan bertambah pada batch akan datang. Bagi saya, ini antara salah satu kelebihan la sebab kita boleh kenal semua pensyarah dan rakan satu batch. Pensyarah pun boleh atau mudah ingat pelajar-pelajar mereka.
Seterusnya, kita kena tahu tempat. Buat pengetahuan, UniSZA ada 3 kampus iaitu satu di Gong Badak, satu di kota (berhadapan HSNZ) dan satu lagi di Besut. PUSPA berada di kampus Gong Badak. Jadi, pelajar PUSPA akan mendaftar, kenal housemate, duduk hostel, belajar, mencipta memori semuanya di kampus Gong Badak. Kampus Gong Badak ni strategik. Jangan risau. Mcd, Kfc, Mydin, Coolblog, Tealive semua dekat (Mcd depan kampus, coolblog belakang kampus). Siap sedia la keimanan dan duit. Tak lupa jugak, kalau nak pergi pantai, nak hiking, semua ada sekitar kampus ni jugak. Kampus Gong Badak ni besar. Nanti dah sampai, explore la sendiri ok.
Sekarang, dari segi tempat belajar. Bilik kuliah terletak di bangunan PUSPA. Bangunan PUSPA ni ada pejabat, bilik kuliah, bilik pensyarah dan surau. Tapi bangunan PUSPA dekat mana pulak? Takpe, nanti akan jumpa bila sampai kampus sana. Anda boleh explore secara virtual dan kenal pensyarah-pensyarah PUSPA dahulu di youtube. Boleh lihat di sini Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) atau cari sendiri di youtube nanti. Info tambahan, pensyarah-pensyarah di PUSPA semua perempuan.
Cara belajar pula, batch kami ni, batch pandemik. Batch terpilih katanya. Jadi, kami belajar secara hybrid. Ada masa belajar dalam bilik kuliah secara face to face, ada masa belajar online. Kucing dekat tangga pun pening dengan kami. Haahah. Semua bergantung kepada naik turun kes :') Tapi alhamdulillah, syukur kami dapat juga merasa belajar di dalam bilik kuliah. Dari sini dah boleh nampak kan semangat pensyarah- pensyarah di PUSPA ni macam mana. Mereka sentiasa nak yang terbaik untuk pelajar PUSPA. Hehe. Perasaan belajar secara bersemuka dengan online tu sangat berbeza. Dua-dua ada baik buruknya jugak, contoh macam kalau belajar online, tak perlu bersiap, rutin hanyalah bukak laptop, join kelas. Waktu rehat pun sempat tidur atas katil. Huhu. Kami juga tak perlu berkejar untuk solat dan makan. Kalau bersemuka, kena bersiap, bergerak ke bilik kuliah awal pagi dan selalunya kami akan solat di surau di bangunan PUSPA sahaja. Pakaian ke kelas ialah pakaian formal iaitu lelaki berbaju kemeja dan tali leher, perempuan berbaju kurung. Ini ialah salah satu identiti PUSPA. Kita patut seronok mengaplikasikannya ^^
Dari segi silibus, silibus di PUSPA hampir sama seperti matriks. Kami menggunakan buku teks matriks tapi beberapa subjek sahaja yang guna buku teks. Pensyarah ada slide atau nota mereka sendiri, jadi akan lebih menggunakan slide dan nota ni. Buku teks mungkin untuk subjek biologi, matematik dan buat latihan topikal. (Sila buat latihan dalam buku teks kalau nak score exam) Subjek yang akan dipelajari ialah mathematics, chemistry, physics, biology dan information technology (IT). Subjek wajib uni pulak, english for foundation, akidah dan akhlak (sem 1), pengenalan fiqh ibadah (sem 2). Semua dalam english kecuali akidah akhlak dan fiqh ibadah, bahasa melayu. Ya, takde beza dengan asasi lain pun. Takde belajar tentang perubatan pun. Jangan risau lagi. Silibus hampir sama seperti spm, cuma ada beberapa tambahan dan tajuk yang akan belajar lebih mendalam. Untuk subjek IT, jangan takut. Subjek ni hanya belajar basic sahaja. Sem 1 akan belajar tentang komputer dan sem 2 belajar sikit tentang coding (C programming). Simple je, senang nak skor, jangan risau.
Satu perkara lagi yang saya rasa salah satu keunikan PUSPA ialah kokurikulum. Pelajar PUSPA wajib sertai kokurikulum. Alhamdulillah, kami dapat jugak merasa aktiviti kokurikulum setiap hari jumaat. Ada dua pilihan untuk kokurikulum iaitu berkuda dan memanah. Menarik kan? Ramai excited nak join berkuda sebab peluang tu sangat la susah nak dapat dekat luar. Dapat belajar cara uruskan kuda, tunggang kuda dan tak lupa jugak pengalaman bersihkan kandang kuda. Hahah. Memanah jugak ramai yang berebut nak masuk sebab kita akan ada bow sendiri dan belajar teknik untuk shoot dengan betul. Memanah ni seronok sebab kita datang, shoot, balik. Hahahh. Sangat bagus untuk golongan yang rajin berehat. Kita ni rajin sebenarnya, itu yang berehat pun rajin. ><
Dari segi kediaman pulak, pelajar PUSPA akan duduk di satu blok yang sama. Jadi, kalau satu blok yang sama, maknanya housemate dan roommate anda merupakan pelajar PUSPA jugakla. Satu blok tu ada 5 tingkat, pelajar PUSPA biasanya akan duduk di tingkat 2 dan 3. Satu aras ada 4 rumah, 1 rumah ada 6 bilik dan 1 bilik akan ada 2 orang. Jadi, satu rumah akan ada 12 orang penghuni. Rumah dan bilik dia besar. Ini review jujur dari hati. Setiap rumah ada dapur, ampaian, tandas dan balkoni. Tandas pun besar dan banyak ya. Jadi jangan risau isu berebut tandas sebab setakat ni kami tak pernah berebut tandas. Hahah. Saya sertakan sekali la beberapa keping gambar untuk bayangan anda. <^^<
Ya, antara point utama jugak. Yuran pengajian. Yuran pengajian sem 1 lebih mahal sikit daripada sem 2 sebab termasuk yuran pendaftaran. Yuran sem 1 untuk batch saya RM1000++ termasuk pendaftaran dan pengajian dan sem 2 kami hanya RM700++ sebab kami ada tolak beberapa yuran pengurangan. Sepatutnya 900++ kalau saya tak silap. Tapi jangan risau, KPT ada sediakan bantuan kewangan asasi untuk semua pelajar asasi seluruh Malaysia. Keluarga yang berpendapatan bawah gaji yang ditetapkan akan mendapat elaun dan yuran pengajian akan terus ditolak dari bantuan tu. Tak silap saya, syarat gaji yang terkini ialah RM 10,959.00 sebuah keluarga. Untuk bantuan kewangan asasi ni, pihak PUSPA akan uruskan. Nanti akan ada borang dan prosedur2 untuk memohon di awal semester 1. Selain itu, PUSPA jugak ada banyak sediakan bantuan dan kemudahan untuk pelajar PUSPA termasuklah buku wakaf, laptop wakaf, lab coat wakaf, juga pinjaman untuk makan dan minum. Jadi, anda tak perlu risau isu kewangan ketika di PUSPA. Pensyarah-pensyarah PUSPA juga sangatlah pemurah dan sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Saya rasa cukup sampai sini sahaja. Walaupun banyak lagi benda perlu dikongsi, setakat ni cukup la. Bagi yang nak tengok apa aktiviti-aktiviti kami sepanjang berada di PUSPA, mungkin anda boleh tengok di instagram PUSPA @asasiunisza dan facebook page PUSPA @Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA - PUSPA Banyak aktiviti yang kami sempat jalankan walaupun banyak cabaran sepanjang pandemik ini.
Untuk tips belajar, mungkin saya akan kongsi kemudian. Pointer saya sekadar memuaskan sahaja. Huhu. Mungkin boleh ambil beberapa tips yang saya kongsi nanti. Semoga ada yang bermanfaat daripada saya. Sekian, jumpa lagi.
Salam. Boleh tau adakah semua pelajar PUSPA yg mohon medic dpt masuk fakulti perubatan di Unisza? Ada yg tak dapat masuk?
ReplyDeleteWassalam. Saya tlg jawabkan ya. Tak semua pelajar yg akan dpt msuk medic sbb ada limit. Dkt mana2 uni pun ada set limit pelajar utk ke program medic dan kalau awak pass requirement utk medic, awak akan dipanggil utk interview, klau awak pass interview jdi awak dptlah program medic tu. Yang penting awak score kedua dua sem. Btw, all the best yaa.
Deleteboleh share tak bidang yang boleh kita sambung untuk degree klau ambik asasi ni??
ReplyDeleteBanyak.antarnya perubatan dan pembedahan,sains kejuruteraan,sains perubatan dan kesihatan,farmasi,dietetik sains komputer,etc banyak lagi saya ambik dari Google ja.
DeleteAda dpt elaun ke?
ReplyDeleteRespect and I have a tremendous offer: What Was The First Home Renovation Show planning a home addition
ReplyDeleteHi saya ex first batch asasi.First,kelas ad 60 org,rsanya around 45 kot student go to medic , ad few people pindah ke uni lain,and the rest amik kos such as bwh FRIT, FBIM(Boleh search dkt web unisza).Mmg ad reauirement utk apply kos medic.First cgpa 3.5 above
ReplyDelete